the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
27.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia kecewa majlis keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata

REMBAU: Malaysia kecewa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata usaha itu adalah percubaan kesembilan dilakukan Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh dua bulan bagi membebaskan rakyat Palestin pulang ke tanah air mereka.

“Resolusi dicadangkan Amerika Syarikat (AS) tidak dipersetujui oleh Rusia dan China kerana terdapat beberapa perkara tidak menyentuh secara menyeluruh. Amerika Syarikat menggunakan kesempatan ini untuk menggelar Hamas sebagai pengganas.

“Malaysia tidak bersetuju Hamas digelar sebagai pengganas dan resolusi itu juga tidak menyebut bahawa rakyat Palestin dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka sebaliknya menyebut bahawa tebusan daripada Hamas perlu dikembalikan kepada Israel,“ katanya kepada pemberita.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan kepada penerima bantuan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Siliau di Masjid Kariah Kampung Siliau di sini hari ini.

Mohamad berkata Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan sidang tergempar untuk mencapai kata sepakat bagi isu tersebut.

Menurutnya Malaysia membawa suara tegas dan menyeru supaya pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak khususnya dihentikan serta-merta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings