the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Malaysia kekal perjuang hak kedaulatan negara bekas jajahan – PM

PM Anwar Ibrahim tekad Malaysia terus perjuang hak kedaulatan semua negara bekas jajahan selaras undang-undang antarabangsa

PUTRAJAYA: Malaysia akan terus memperjuang dan menyuarakan hak kedaulatan semua negara terutamanya yang pernah dijajah selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia itu sejajar dengan kedudukannya sebagai negara sedang membangun yang sentiasa menghormati prinsip undang-undang antarabangsa.

“Menyentuh tentang kenyataan saya terkait dengan apa yang berlaku di Venezuela menunjukkan bahawa Malaysia walaupun negara berkembang, adalah negara yang bebas dan berdaulat, tunduk kepada prinsip hukum dan tatanan kerukunan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar menegaskan Malaysia mengambil pendirian yang tuntas dan konsisten sama ada di Gaza atau Venezuela.

“Sebab itulah kita mengambil satu pendirian yang tuntas atau konsisten sama ada di Gaza atau Venezuela… pemimpin-pemimpin kita dahulu daripada awal menentang aparteid di Afrika Selatan dan memperjuangkan kemerdekaan bagi semua negara yang pernah dijajah,” ujarnya.

Semalam, Anwar menyifatkan penahanan Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan isteri dalam operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Caracas sebagai sesuatu yang luar biasa.

Beliau meluahkan kebimbangan dengan perkembangan itu dan menyifatkan tindakan AS sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Perdana Menteri berkata penggunaan kekerasan terhadap sebuah negara berdaulat dengan menyingkirkan ketua kerajaan melalui campur tangan luar adalah sesuatu yang tidak wajar.

Pasukan AS telah menahan sebelum menerbangkan pasangan itu keluar dari Venezuela pada awal Sabtu lepas dalam satu operasi waktu malam.

Menurut pengumuman Presiden Donald Trump, AS akan mentadbir Venezuela sehingga satu peralihan yang selamat, wajar dan berhemah dapat dilaksanakan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Perhilitan tahan warga Bangladesh simpan 100 kura-kura tanpa lesen

Seorang lelaki Bangladesh ditahan kerana menyimpan 100 kura-kura dan labi-labi bernilai RM20,000 tanpa lesen di Butterworth, dengan haiwan itu dipercayai untuk dijual bagi tujuan keagamaan.

When security labels replace legal judgment

“The presumption of innocence, the right to due process, proportional sentencing and protection against arbitrary detention are weakened when the ‘security’ label is applied prematurely or inaccurately."
spot_img

Popular Categories