the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Man Tiger didakwa lepaskan tembakan terhadap suami isteri

KLUANG: Seorang lelaki dikenali sebagai Man Tiger dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melepaskan tembakan terhadap pasangan suami isteri di Simpang Renggam di sini, minggu lepas.

Abdurrahman Abdullah, 33, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut pertuduhan, Abdurrahman bersama dua lagi rakan yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan kematian itu terhadap Dian Yulandi Suboh, 37, dan Ahmad Fadhullah Mohamed, 38, di sebuah rumah di Kampung Bukit Batu, Machap, Simpang Renggam kira-kira 12.17 tengah hari, 10 Feb lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Suniza Nan Yan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh selepas mengambil kira tahap keseriusan kes.

Peguam Kent Tan Chow Teng yang mewakili Abdurrahman memohon kebenaran diikat jamin yang minimum atas alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan menjaga seorang kakak serta bapa saudara yang uzur.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 11 Feb lepas, media melaporkan pasangan suami isteri terselamat daripada cubaan bunuh di kediaman mereka di Kampung Bukit Batu, kira-kira 12.17 tengah hari pada 10 Feb, selepas enam das tembakan dilepaskan suspek, namun tidak mengenai mereka dan tersasar ke sekitar lokasi kejadian.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata senjata api digunakan suspek dalam kejadian itu telah ditemukan menerusi satu operasi yang dijalankan di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru pada Isnin lepas selain menahan empat rakan suspek berumur 34 hingga 41 tahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings