the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir di Kedah meningkat, di Perak menurun

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus mencatat peningkatan, manakala situasi banjir di Perak semakin pulih malam tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 210 mangsa daripada 68 keluarga malam tadi berbanding 107 orang daripada 34 keluarga pagi semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kota Setar menyaksikan pertambahan jumlah mangsa.

“PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah menyaksikan pertambahan mangsa masing-masing kepada 85 dan 94 orang setakat 8 malam ini susulan hujan lebat petang tadi.

“PPS itu dibuka pada Isnin lepas berikutan hujan lebat selama tiga jam menyebabkan banjir di beberapa kawasan antaranya Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Keong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak di daerah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Selain itu, beliau berkata satu lagi PPS dibuka di Kota Setar iaitu SK Taman Aman yang dibuka pada 5 petang tadi, namun jumlah mangsa yang dipindahkan ke situ masih dalam bancian.

Keadaan berbeza di Perak, apabila mangsa banjir di tiga daerah pada malam ini terus berkurang kepada 187 orang daripada 54 keluarga berbanding 217 orang daripada 62 keluarga pagi tadi, dengan dua PPS ditutup lewat petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan PPS Dewan Serbaguna Chikus ditutup sepenuhnya pada 6.30 petang, manakala PPS Dewan Orang Ramai Sri Kinta ditutup pada 7 malam.

Menurut kenyataan itu, empat PPS masih beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak di Hilir Perak dengan 98 mangsa daripada 29 keluarga.

“Di Kerian pula masih kekal dengan 23 orang daripada empat keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak, manakala jumlah mangsa banjir di PPS SK Alor Pongsu juga kekal 57 orang daripada 19 keluarga,“ menurut kenyataan itu.

Sekretariat itu memaklumkan di daerah Kinta pula, sembilan orang daripada dua keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings