the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Maritim Malaysia tahan warga Myanmar, Nepal dalam bot penumpang

SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan dua lelaki warga asing menerusi dua op berasingan di perairan negeri itu, petang semalam.

Pengarahnya Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kedua-dua tangkapan itu dilakukan pada kedudukan sekitar 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Harapan.

Abdul Muhaimin berkata tangkapan pertama dijalankan kira-kira 5.52 petang atas sebuah bot penumpang yang sedang bergerak dari Jeti Pulau Ketam ke Jeti Awan, Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang penumpang lelaki tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan melalui pengakuan lisan lelaki berkenaan ialah warga Myanmar berusia 37 tahun,“ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Muhaimin berkata bot penumpang terbabit dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan lengkap dijalankan dan tiada kesalahan lain dikesan.

Dalam pada itu, Abdul Muhaimin berkata tangkapan kedua dilakukan pada 6.14 petang melibatkan sebuah lagi bot penumpang yang sedang menuju ke Jeti Royal Yacht Club, Klang.

Beliau berkata bot berkenaan dikendalikan seorang juragan tempatan berusia 40 tahun bersama seorang kru warga Nepal berusia 31 tahun.

“Walaupun kru warga asing terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, siasatan mendapati dia menyalahgunakan permit kerja dan tidak memiliki sebarang dokumen pelaut yang sah sebagaimana disyaratkan oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya.

Abdul Muhaimin berkata kes pertama akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, manakala kes kedua disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan akta imigresen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings