the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Maritim patah cubaan seludup enam tan bijih timah bernilai RM600,000

Maritim Malaysia cegah penyeludupan bijih timah bernilai RM600,000 dari Indonesia, tahan bot dan tiga kru warga asing dalam operasi di perairan Batu Pahat.

BATU PAHAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai RM600,000.

Sebuah bot barter trade dari Indonesia ditahan dalam rondaan operasi penguatkuasaan semalam.

Bot itu ditahan kira-kira 0.1 batu nautika barat daya Pulau Sialu di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Tiga kru terdiri daripada seorang tekong dan dua awak-awak warga Indonesia turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketiga-tiga lelaki itu berusia lingkungan 33 hingga 59 tahun.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata hasil pemeriksaan menemui 120 guni berisi bijih timah.

Anggaran berat keseluruhan muatan itu adalah 6,000 kilogram.

“Mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan.

Perintah Penahanan awal juga telah dikeluarkan terhadap bot terbabit.

Bot berserta muatan dan kru kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.

Kesemua ditahan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories