the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mawilla 4 TLDM akan dibina di Muara Tebas – Panglima ATM

SERIAN: Muara Tebas dipilih sebagai lokasi pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.

Beliau berkata selepas meneliti pelbagai faktor termasuk kemudahan dan kos penyelenggaraan, Muara Tebas didapati lebih sesuai sebagai pangkalan baharu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada lokasi asal yang dicadangkan iaitu Bintulu.

“Perbincangan awal dengan kerajaan negeri Sarawak telah diadakan, kedua-dua pihak (kerajaan negeri dan Angkatan Tentera Malaysia) bersetuju untuk pemindahan ke Muara Tebas atas pelbagai faktor.

“Jika di Bintulu, kos penyelenggaraan di sana akan lebih tinggi. Kita telah mempertimbangkan dari segi kos, kajian kebolehlaksanaan serta infrastruktur untuk pangkalan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Markas Taktikal Balai Ringin di sini, hari ini.

Mohd Nizam berkata pangkalan baharu itu bakal menjadi antara pangkalan laut moden di Sarawak, dengan keupayaan setanding Pangkalan TLDM Teluk Sepangar, Sabah.

“Esok, ATM akan melawat tapak di Muara Tebas dan berbincang mengenai langkah seterusnya kerana kita memerlukan sebuah pangkalan TLDM di Sarawak,” katanya.

Berkenaan dengan keselamatan sempadan negara, beliau berkata jumlah pos kawalan Malaysia dan Indonesia perlu seimbang, selain perlu membuat penilaian untuk mewujudkan pos gabungan antara kedua-dua negara agar keselamatan sempadan dapat diperkukuh.

“Ketika ini, terdapat lima pos gabungan Malaysia-Indonesia, kita juga akan menilai keperluan meningkatkan kemudahan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sempadan.

“Jika Indonesia mempunyai ICQ di sempadan mereka, kita juga perlu memastikan ICQ berada di sebelah kita bagi mengelakkan ketidakseimbangan dalam kawalan keluar masuk,” katanya.

Beliau berkata satu lawatan kerja akan diadakan pada Mei ini melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kastam dan Imigresen bagi membincangkan pendekatan terbaik untuk menyelaraskan kawalan sempadan secara lebih bersepadu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings