the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mayat dalam kolah: Polis kesan dua lelaki warga asing

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam kes penemuan mayat di dalam kolah mandi bilik air di sebuah rumah, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki terbabit iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh merupakan penyewa di rumah berkenaan sebelum ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta menyalurkan terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Hussein turut menasihati orang awam supaya tidak menularkan mana-mana gambar berkaitan kejadian dalam media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.

Terdahulu, Hussein berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang mendapat maklumat daripada seorang lelaki warga asing bahawa terdapat mayat di dalam kolah mandi rumah yang disewakannya pada 10.58 malam, 3 Dis.

“Hasil siasatan mendapati pengadu (pemilik rumah) pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, Klang kepada dua lelaki warga asing selama dua tahun iaitu bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021.

“Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain, pengadu telah membuat pemeriksaan di kolah terbabit dan mendapati ia telah disimen,” katanya.

Hussein berkata penyewa berkenaan memberi alasan bahawa terdapat air daripada bangkai tikus yang mengalir masuk ke dalam kolah itu, dan tanpa mengesyaki apa-apa, tuan rumah itu telah menyewakan kediaman berkenaan kepada orang lain pula.

Pada November lepas, pengadu telah meminta seorang lelaki warga asing untuk membaiki bumbung rumah berkenaan dan semasa membayar gaji kepada kerja itu, lelaki terbabit memaklumkan bahawa terdapat mayat di dalam kolah bilik mandi rumah itu.

“Maklumat itu diterima daripada seorang lelaki warga asing yang telah balik ke negara asal. Bagi mengesahkan perkara ini, pengadu telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Polis bersama pasukan bomba serta unit forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan setelah simen itu dipecahkan, terdapat satu mayat dipercayai perempuan dewasa telah dijumpai,” katanya.

Hussein berkata mayat itu dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pada Rabu ini.

Beliau berkata IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bagi membantu siasatan, seorang lelaki warga asing berumur 53 tahun telah ditahan dan akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Klang esok. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings