the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Putrajaya sifar miskin tegar setakat 30 Nov

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi memaklumkan empat negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merekodkan sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih setakat 30 Nov 2024.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, kementerian itu memaklumkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar telah menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan.

“Negeri-Negeri lain merekodkan penurunan insiden miskin tegar secara signifikan,“ menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan miskin tegar dalam negara berkurangan kepada 2,191 ketua isi rumah setakat 30 Nov berbanding 91,789 yang dicatatkan pada 31 Dis 2023.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tangga teratas (474) diikuti Kedah (341), Sabah (289), Johor (275), Pahang (174), Pulau Pinang (122), Selangor (112), Terengganu (103), Kelantan (99), Sarawak (91), Perak (62) dan Wilayah Persekutuan Labuan (49).

Menurut kementerian itu, usaha menoktahkan kemiskinan berdepan cabaran tersendiri yang menjadikan ia sedikit sukar antaranya insiden kemiskinan bersifat dinamik kerana isi rumah miskin bertukar ganti sepanjang masa.

“Dalam mempergiat usaha untuk membasmi kemiskinan, kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif jangka sederhana dan panjang selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings