the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Melaka tarik RM855.63 juta pelaburan baharu suku pertama 2025

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

MELAKA: Melaka berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM855.63 juta pada suku pertama 2025, merangkumi sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan pencapaian ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan dasar pro-perniagaan negeri.

“Tahun 2024 menyaksikan Melaka melonjak ke hadapan sebagai destinasi pelaburan unggul apabila berjaya menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik sebanyak RM8.18 bilion, jauh melepasi sasaran asal RM5 bilion,“ katanya semasa penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pelaburan ini turut memberi manfaat kepada rakyat dengan kadar pengangguran menurun kepada 1.9 peratus pada suku pertama 2025 berbanding 2.2 peratus pada suku keempat 2024. Kadar ini lebih rendah berbanding purata nasional iaitu 3.1 peratus.

Tiga kawasan industri utama menjadi tunjang pembangunan pelaburan, termasuk MCORP Hi Tech Park (174.42 hektar), German Technology Park, dan Kawasan Perindustrian Elkay 2.0. Kerajaan negeri turut memperuntukkan 2,731.85 hektar sebagai zon tanah perindustrian untuk memacu pelaburan mampan.

Dari segi perdagangan, nilai eksport Melaka meningkat 44.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, mencatat RM17.45 bilion. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 menunjukkan pertumbuhan positif 4.4 peratus dengan sumbangan utama dari sektor perkhidmatan (51.4 peratus) dan pembuatan (35.9 peratus). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img