the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Menteri Besar Johor terima anugerah Lee Kuan Yew Exchange Fellowship

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi mencipta sejarah apabila menjadi pemimpin Johor pertama menerima “Lee Kuan Yew Exchange Fellowship” (LKYEF), anugerah berprestij antarabangsa yang kini memasuki edisi ke-82, sekali gus mengangkat nama negeri itu ke peringkat antarabangsa.

Onn Hafiz juga adalah rakyat Malaysia kesembilan diberi penghormatan menerima anugerah itu bagi mengiktiraf pemimpin berkebolehan dalam bidang dasar awam dan kepimpinan di rantau ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pencapaian itu bukan sahaja menjadi kejayaan peribadi Menteri Besar itu, tetapi juga kebanggaan seluruh rakyat Johor.

“Pengiktirafan ini membuktikan kewibawaan, visi dan kepimpinan luar biasa Onn Hafiz dalam menerajui Johor ke arah masa depan yang lebih gemilang, selain mencerminkan keyakinan serantau terhadap dasar, pendekatan dan keupayaan Johor sebagai sebuah negeri yang progresif, stabil dan disegani.

“Semoga Datuk (Onn Hafiz) terus dianugerahkan kekuatan, kesihatan dan kebijaksanaan dalam membawa panji Bangsa Johor ke tahap yang lebih tinggi. Tahniah sekali lagi. Bangga menjadi anak Johor,“ katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

LKYEF ditubuhkan sejak 1991 adalah inisiatif kerajaan Singapura bagi menjemput tokoh terkemuka dari seluruh dunia melawat republik itu dan pemilihan penerima dibuat berdasarkan rekod pencapaian serta potensi sumbangan kepada pembangunan negara selain memperkukuh hubungan dua hala dengan Singapura.

Onn Hafiz dijadual mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula hari ini atas jemputan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings