the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mersing daerah pertama Johor dilanda banjir, sebuah PPS dibuka

JOHOR BAHRU: Mersing menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak awal pagi dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin dibuka pada 6 petang dan menempatkan 83 orang daripada 25 keluarga.

“Kawasan yang terjejas banjir ketika ini ialah Kampung Orang Asli Peta. Jalan masuk ke kampung tersebut juga terputus kerana dinaiki air,“ menurutnya dalam kenyataan semalam (Dis 26).

Beliau berkata jalan masuk ke Tenggaroh Timur juga ditutup untuk semua kenderaan selepas dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mersing pula memaklumkan pemantauan kawasan berisiko banjir telah dilakukan mulai 8.30 malam tadi.

“Kawasan pemantauan yang terlibat ialah perkampungan Pulau Tenglu, Kampung Air Papan dan Kampung Sermin,“ menurut APM dalam hantaran di laman Facebook. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings