Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan hingga 26 November

MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu hingga 26 November

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan sehingga 26 Nov melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.

Menurut kenyataan MET Malaysia hari ini, kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan sehingga tarikh sama bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor dijangka mengalami hujan berterusan sehingga 24 dan 26 Nov.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia. Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638. – Bernama

Related

spot_img

Latest

AI legislative framework to be presented in June 2026

Digital Minister Gobind Singh Deo announced the AI legislative framework will be presented to Cabinet in June 2026, focusing on balanced regulation that promotes innovation while addressing risks.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories