the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MetMalaysia ramal luruan monsun, hujan lebat di Sarawak

MetMalaysia ramalkan luruan monsun bawa hujan lebat berterusan ke Sarawak mulai 1 Jan, dengan amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 1 hingga 5 Januari depan.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip menasihati orang awam supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini.

Dalam perkembangan lain, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North sehingga Jumaat ini.

Keadaan itu dicirikan dengan kelajuan angin melebihi 60km/jam dan ombak setinggi melebihi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan MetMalaysia.

Dalam tempoh sama, amaran kategori kedua dikeluarkan untuk kawasan perairan Condore serta timur laut dan barat daya Reef North.

Angin dijangka berkelajuan 50 hingga 60km/jam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di kawasan tersebut.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran kategori pertama bagi beberapa kawasan perairan lain termasuk tenggara Samui, Tioman dan utara Bunguran.

Angin kencang berkelajuan 40 hingga 50km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku, yang berbahaya kepada bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories