the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Misi KKD ke UAE tarik potensi pelaburan bernilai RM600 juta – Fahmi Fadzil

DUBAI: Misi pelaburan dan eksport Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai kira-kira RM600 juta dan peluang eksport bernilai lebih RM330 juta.

Menterinya Fahmi Fadzil yang mengetuai misi tersebut berkata potensi pelaburan itu dicapai menerusi lapan pertukaran memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia, Dubai dan Timur Tengah, perbincangan dengan pengerusi DAMAC Group Hussain Sajwani, dan penyertaan 12 syarikat teknologi Malaysia dalam pameran Gulf Information Technology Exhibition (GITEX) dan acara Expand North Star (ENS)

Misi tersebut berlangsung serentak dengan GITEX Global 2023 dan ENS.

“Ini adalah angka yang sangat menggalakkan. Kita sudah tentunya dapat melihat hubungan kukuh dan faedah yang diperoleh antara UAE dan Malaysia serta peluang untuk Malaysia membawa syarikat, produk dan perkhidmatan kita ke seluruh dunia, khususnya ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk,” katanya kepada Bernama dalam temu bual rangkuman susulan lawatan rasmi beliau ke sini.

Fahmi berkata, semasa pertemuan beliau dengan Hussain, yang juga pengasas DAMAC Group, sebuah konglomerat terkemuka UAE, kedua-duanya membincangkan mengenai pelaburan dalam beberapa sektor strategik termasuk cadangan penubuhan pusat data di Malaysia.

“Saya harap cadangan pelaburan ini berpotensi menjadi lebih besar lagi dan kami memberi sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa butiran terperinci, tetapi saya sangat gembira dan berpuas hati dengan hasil lawatan ini,“ katanya sambil menambah kementeriannya perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk mendapatkan butiran lanjut tentang pelaburan tersebut.

Sehingga Ogos 2023, Malaysia telah berjaya memperoleh komitmen pelaburan langsung asing (FDI) bernilai RM37.4 bilion.

Sementara itu, MDEC dalam satu kenyataan berasingan berkata pencapaian tersebut mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap keupayaan digital negara meliputi rangka kerja yang disediakan melalui Malaysia Digital (MD).

MD adalah inisiatif strategik nasional bertujuan untuk memacu pertumbuhan pesat ekonomi digital dan mewujudkan limpahan hasil kepada rakyat, sejajar dengan pelan pembangunan Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Sebanyak 12 syarikat berteknologi tinggi Malaysia menyertai GITEX Global 2023 dan ENS yang bertujuan untuk membina platform bagi menggalakkan kerjasama antara negara, selain memberikan pendedahan kepada peserta misi untuk berinteraksi, memperluas jangkauan dan mempamerkan penyelesaian digital, produk serta perkhidmatan terbaik.

Sementara itu GITEX Global mengumumkan pengembangan globalnya dengan penganjuran GITEX Europe kali pertama di dunia yang akan diadakan di Berlin, Jerman dari 21-23 Mei, 2025.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings