the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal – KPKM

SHAH ALAM: Bekalan tanaman dan ternakan di seluruh negara masih terkawal di sebalik fenomena cuaca panas serta kering yang melanda negara ketika ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini pihaknya tidak menerima aduan atau maklumat berkaitan isu bekalan bagi kedua-dua sektor tersebut yang terjejas teruk.

“Aduan itu ada tetapi hanya melibatkan kes terpencil dan menyeluruh…hanya aduan biasa dan ia kerana faktor cuaca sama ada ketika banjir atau kemarau.

“Setakat ini, kita dapati tidak banyak (bekalan) yang terjejas dan keadaan masih lagi terkawal,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pertanian@KPKM di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) melaporkan Monsun Barat Daya yang bermula 10 Mei lepas dijangka berlarutan hingga September depan.

Dalam pada itu, Mohamad berkata industri kelapa turut berpotensi menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara seperti nanas.

Beliau berkata selain pasaran yang besar bagi kelapa tua, kelapa muda juga mempunyai permintaan tinggi termasuk dari luar negara terutamanya China.

“Bekalan kelapa tua kini giat dihasilkan terutama di Sabah. Tanaman ini dilihat mampu mencatat nilai jualan luar biasa seperti nanas yang melebihi RM1 bilion,“ katanya.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan memuji Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan sektor nanas negara dalam meningkatkan pengeluaran nanas negara sehingga melepasi RM1 bilion.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings