the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mpox: 25 kes disahkan negatif daripada 31 kes disyaki

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

PUTRAJAYA: Sebanyak 31 kes mpox atau cacar monyet disyaki di Malaysia setakat hari ini dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

“Dari Disember 2023 hingga masa ini, tiada kes mpox,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPJ Healthcare dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Dzulkefly berkata langkah segera diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan kes di negara jiran antaranya Singapura dan Thailand dengan memperkukuh saringan di pintu masuk negara dan pengaktifan 10 makmal yang menjalankan ujian PCR bagi tujuan pengesahan termasuk dua makmal swasta serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC).

“Bukan hanya dua negara ini (Singapura and Thailand) tetapi juga pengunjung yang datang dari negara-negara lain terutamanya dari benua Afrika.

“Kami juga menghantar lebih banyak dan kerap pekeliling dalam kalangan kemudahan kesihatan kami, kedua-dua awam dan swasta,“ katanya.

Pada 14 Ogos lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global yang menjadi kebimbangan antarabangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img