the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MSN teliti permohonan ganjaran skuad sepak takraw kebangsaan – Hannah

PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) sedang meneliti permohonan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berhubung ganjaran untuk skuad kebangsaan yang meraih kejayaan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mengesahkan perkara itu berkata ganjaran itu melibatkan pemenang pingat emas acara double dan regu.

“Kerana ini adalah kejohanan dunia, jadi persatuan (PSM) telah meminta MSN untuk melihat sama ada boleh memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas acara regu dan double.

“MSN sedang teliti permohonan ini dan bila sudah ada keputusan kita akan buat pengumuman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

Minggu lepas, Malaysia mencipta sensasi apabila merangkul emas acara double dan regu Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menewaskan musuh tradisi Thailand, namun skuad kebangsaan gagal mengulangi pencapaian itu dalam acara berpasukan selepas tewas kepada lawan sama di final.

Dalam perkembangan berasingan, Hannah berkata satu pengumuman bantuan kewangan kepada atlet yang mewakili negara tetapi tidak berada di bawah Program Podium dan Road To Gold (RTG) akan dibuat minggu depan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings