the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
25.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MTN setuju strategi mampan Pelan Hala Tuju Gas Asli

Majlis Tenaga Negara setuju strategi mampan Pelan Hala Tuju Gas Asli untuk jamin keterjaminan tenaga dan ekonomi rendah karbon

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tenaga Negara (MTN) Bilangan 2 Tahun 2025 membincangkan dan bersetuju dengan strategi mampan di bawah Pelan Hala Tuju Gas Asli (NGR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bertujuan memastikan keterjaminan tenaga negara terus terpelihara bagi menyokong pertumbuhan sosioekonomi.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu menekankan komitmen terhadap peralihan ke arah ekonomi rendah karbon.

“Fokus utama kini adalah meningkatkan perkongsian tenaga boleh baharu kepada 35% menjelang 2030,” katanya menerusi hantaran di laman ‘X’.

Anwar berkata strategi itu juga melibatkan memperluas akses grid terbuka serta mempergiat pelaburan dalam teknologi hijau dan tenaga baharu.

“Ia untuk memperkukuh sistem tenaga negara yang lebih inovatif, berdaya saing dan inklusif,” tambahnya.

Mesyuarat itu turut bersetuju dengan unjuran permintaan dan pembekalan elektrik bagi pusat data berdasarkan penilaian terkini Suruhanjaya Tenaga.

Selain itu, mesyuarat meluluskan pembangunan Platform Perkhidmatan e-Mobiliti yang akan menyepadukan operasi stesen pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan MADANI kekal fokus dalam menterjemah aspirasi peralihan tenaga negara.

Beliau menegaskan komitmen untuk menjadikan Malaysia peneraju ekonomi rendah karbon yang mampan dan berdaya tahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Alfa Romeo Marks the Quadrifoglio Legacy with Exclusive Giulia and Stelvio Collezione Models

Alfa Romeo has introduced two highly exclusive creations, the Giulia Quadrifoglio Collezione and Stelvio Quadrifoglio Collezione, developed in tribute to one of the brand’s most enduring icons — the Quadrifoglio. The emblem, first painted onto Ugo Sivocci’s Alfa Romeo RL when he won the 1923 Targa Florio, became the mark of the brand’s racing machinery for decades. In 1963 it shifted from the circuit to the road with the Giulia Ti Super, and from then on it distinguished Alfa Romeo’s most powerful and exclusive road-going models.That pivotal year forms the inspiration for this new Collezione series, which has been limited to just 63 units worldwide. Two Giulia units have been earmarked for the UK, while the rest will be distributed across Europe, the Middle East, China and Japan.

AKPS nafi video deepfake ketua pengarah sokong bantuan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia menafikan dua video deepfake yang meniru identiti Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bagi tujuan penipuan.
spot_img

Popular Categories