Pelari pecut kebangsaan Muhammad Azeem Mohd Fahmi memenangi acara 60 meter di Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham, Alabama
BIRMINGHAM: Pelari pecut kebangsaan Muhammad Azeem Mohd Fahmi (gambar) mempamerkan aksi cemerlang untuk memenangi acara 60 meter pada Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham CrossPlex.
Menurut laman web rasmi pertandingan, atlet yang mewakili Universiti Auburn itu mencatat masa 6.60 saat.
Beliau menamatkan perlumbaan dengan selesa di hadapan kesemua pesaingnya.
Rakan sepasukannya, Omari Lewis, mengikuti rapat di tempat kedua dengan catatan 6.66 saat.
Nikoby Johnson dari Southern Miss melengkapkan podium selepas merekodkan masa 6.74 saat.
“Azeem Fahmi meraih kedudukan pertama kolej dalam dewan,” menurut akaun X Auburn Track & Field.
“Omari Lewis pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan beza hanya 0.06 saat dalam acara 60m lelaki,” tambah kenyataan itu.








