the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MyGOV Malaysia catat lebih 1 juta muat turun, sediakan 38 perkhidmatan

Aplikasi MyGOV Malaysia raih lebih satu juta muat turun, tawarkan 38 perkhidmatan dari 13 agensi kerajaan sebagai gerbang digital tunggal.

PUTRAJAYA: Aplikasi MyGOV Malaysia mencatatkan lebih satu juta muat turun sejak pelancaran versi betanya pada 27 Februari tahun lalu.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan tinggi rakyat terhadap usaha Kerajaan MADANI meningkatkan kualiti perkhidmatan awam digital.

Beliau dalam kenyataan berkata aplikasi itu kini menyediakan 38 perkhidmatan melibatkan 13 agensi kerajaan.

Perkhidmatan tersebut merangkumi fungsi semakan serta pautan terus ke perkhidmatan kerajaan berkaitan.

“Proses integrasi ini dilaksanakan secara berterusan dan berfasa, dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan berimpak tinggi dan kerap digunakan,” katanya.

MyGOV Malaysia tidak menggantikan aplikasi kerajaan sedia ada tetapi akan memantau corak penggunaan rakyat.

Gobind berkata Kementerian Digital sedang meneroka keupayaan AI Agentik untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Inisiatif itu bertujuan membolehkan aplikasi berfungsi secara lebih pintar dan proaktif.

“Ia sekali gus membantu pengguna mengguna perkhidmatan dengan lebih lancar serta mengurangkan kerumitan urusan birokrasi digital,” jelasnya.

Kementerian Digital juga akan melaksanakan program “Citizen Labs” di seluruh negara sebagai platform libat urus yang inklusif.

Melalui pendekatan itu, rakyat berpeluang memberikan maklum balas secara langsung dan terlibat dalam proses penciptaan bersama.

“Aspirasi Kerajaan MADANI adalah untuk melihat MyGOV Malaysia menjadi gerbang digital tunggal yang benar-benar dipercayai oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya.

MyGOV Malaysia adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings