the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas bot karam: Pasukan penyelam jumpa beg milik Aina Husna

CHUKAI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menemukan beg sandang milik salah seorang mangsa nahas bot karam di perairan Kemaman, Aina Husna Mohamad Husaini.

Beg berwarna hitam berisi dua lampu suluh, kipas tangan, alat pengecas telefon, segugus kunci motor dan lampu kepala itu disahkan bakal tunang Aina Husna, 25, iaitu Muhammad Nor Iqbar Shaharuddin, 27.

Turut ditemukan satu pinggan dan sebatang kayu cota yang tersangkut di pukat tunda, namun barang berkenaan disahkan bukan milik Aina Husna ataupun seorang lagi mangsa yang masih hilang, Yusof Kassam, 66.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kemaman Muhammad Faisal Abdul Rahim berkata kesemua barangan itu ditemukan di dasar laut pada kedalaman 30 meter (m), kira-kira 120 m dari lokasi bot berkenaan berlabuh.

Beliau berkata penemuan itu dibuat pada selaman kedua oleh sembilan penyelam daripada Skuadron Selam, Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat Maritim Malaysia.

“Operasi selaman hari ini berpandukan kepada lokasi yang diberikan oleh tekong, menggunakan bot dilengkapi teknologi untuk mengesan objek di bawah laut,” katanya di Pangkalan Hadapan Carilamat di Zon Maritim Kemaman di sini.

Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) hari ini memasuki hari keempat melibatkan dua bot peronda Maritim Malaysia dan sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kekuatan 27 pegawai dan anggota.

Dalam kejadian Ahad lepas, sebuah bot nelayan yang membawa sembilan individu termasuk tekong dan kru untuk mencandat sotong dan memancing, karam selepas dilanggar sebuah tongkang ketika berlabuh pada kedudukan tujuh batu nautika atau 13 kilometer dari pantai perairan Kemaman, kira-kira 6.30 pagi.

Lima daripada sembilan mangsa terselamat, dua ditemukan lemas manakala Aina Husna dan Yusof, masih hilang.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kemaman Ariffin Ghazali dalam kenyataan memaklumkan operasi carilamat itu ditamatkan secara rasmi pada hari ini.

“Operasi pencarian dari lokasi kejadian sehingga Kuala Terengganu selama empat hari telah melibatkan aset udara dan laut serta merangkumi keluasan pencarian sekitar 880 batu nautika persegi,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan dan semua agensi serta komuniti maritim yang terlibat dalam operasi itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings