the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas FRU: KDN beri jaminan kebajikan keluarga, anggota terlibat dijaga – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menguruskan segala urusan berkaitan kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak dengan segera dan menyeluruh.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata ia termasuk siasatan terperinci oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau berkata KDN turut memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga dan anggota yang terlibat akan dijaga dengan sewajarnya.

“Kemalangan ini adalah satu insiden tragis dan amat menyayat hati buat saya dan seluruh rakyat Malaysia, melibatkan sebuah lori muatan batu dan sebuah trak FRU yang sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugasan rasmi.

“Semua anggota FRU ini telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan keberanian demi menjaga keselamatan serta ketenteraman awam negara. Pemergian mereka satu kehilangan besar buat negara dan akan sentiasa dikenang sebagai contoh keberanian dan jasa yang tidak ternilai,“ katanya.

Saifuddin Nasution berkata seluruh warga kementerian menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga kesemua anggota yang terlibat khususnya waris sembilan anggota yang terkorban.

“Kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata adalah satu dugaan yang sangat berat dan saya mendoakan agar semua ahli keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik yang amat mencabar ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada serta solihin. Semoga mereka yang masih dirawat diberikan kesembuhan segera,” katanya.

Sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi tadi semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

Lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings