the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nahas Jerantut: Jenazah lima mangsa selamat dikebumikan

BOTA: Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi ini.

Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, termasuk adik kepada Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, dibawa dari Jerantut, Pahang dan tiba ke Masjid Jamek Bota Kanan di sini untuk disembahyangkan kira-kira 12.30 tengah malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah turut berada di masjid berkenaan.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan sahabat handai mangsa.

Kesemua jenazah selamat dikebumikan kira-kira 1.45 pagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad mengesahkan kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Toyota Alphard berlaku sekitar 12 tengah malam semalam di jalan tersebut.

Beliau berkata kesemua lima mangsa yang maut menaiki Perodua Bezza iaitu Muhammad Ikmal, isterinya Nur Arfiqah serta adik iparnya Mohammad Zulkifli, Mohamad Azizul Hakimi dan Nurul Hazwani.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings