the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan bekas Perdana Menteri itu telah membelanjakan jutaan ringgit daripada dana terbabit bagi meningkatkan imej demi kepentingan peribadinya.

Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar mendakwa Najib telah melakukan perbuatan itu dengan menggunakan perkhidmatan syarikat strategi komunikasi untuk meningkatkan imejnya dengan menggunakan wang yang didakwa hasil aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Kamal Baharin berkata demikian ketika merujuk Najib kepada tiga cek, iaitu RM2 juta kepada syarikat media ORB Solutions Sdn Bhd, RM303,000 kepada syarikat penulisan ucapan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd dan RM246,000 yang dikeluarkan kepada Lim Soon Peng untuk menguruskan laman Facebook “Ah Jib Gor” yang ditulis dalam bahasa Cina.

Najib bagaimanapun, menafikan cadangan yang dikemukakan oleh Kamal Baharin dan menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau menggunakan khidmat ORB Solutions sebagai platform tambahan kerana media arus perdana tidak dapat menyebarkan mesej dan naratif kerajaan kepada semua lapisan masyarakat manakala Semarak Konsortium berperanan menulis ucapan dalam bahasa Inggeris untuk forum antarabangsa.

Kamal Baharin: Untuk tugasan ini, Datuk Seri boleh dapatkan orang di PMO (Pejabat Perdana Menteri) untuk melakukannya.

Najib: Kemahiran bahasa Inggeris mereka tidak cukup tinggi.

Kamal Baharin: Adakah Datuk Seri hendak cakap penjawat awam tidak mahir bahasa Inggeris?

Najib: Sukar untuk cari ketika itu.

Bagaimanapun, ketika ditanya Kamal Baharin alasan Najib menggunakan wang daripada akaun peribadinya dan tidak menggunakan dana kerajaan untuk tujuan ini, Najib menjawab beliau tidak mahu membebankan kerajaan.

Sementara itu, Najib turut menafikan pembayaran RM246,000 bagi menguruskan laman Facebook “Ah Jib Gor” bertujuan meningkatkan imej peribadinya dan berkata ia berkait dengan tugas rasmi beliau ketika itu selaku Perdana Menteri untuk menyampaikan dasar kerajaan kepada masyarakat.

Kamal Baharin: Saya katakan bahawa jika ini benar-benar berkaitan kapasiti Datuk Seri sebagai Perdana Menteri, Unit Komunikasi Pejabat Perdana Menteri boleh mengendalikannya.

Najib: Ya, tetapi perkara ini melibatkan media sosial yang di luar skop kerajaan.

Kamal Baharin: PMO masih boleh mengendalikannya.

Najib: Kita perlukan pelbagai platform.

Kamal Baharin: Saya katakan ini untuk kapasiti peribadi Datuk Seri.

Najib: Ia tugas rasmi saya sebagai Perdana Menteri untuk berkomunikasi dengan rakyat.

Najib juga tidak bersetuju dengan cadangan Kamal Baharin bahawa wang yang diberikan kepada dua syarikat dan seorang individu itu merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings