the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, February 2, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Nelayan hilang dipukul ombak ditemukan lemas di perairan Pulau Bruit

Nelayan lelaki berusia 59 tahun ditemukan lemas selepas botnya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Pulau Bruit, Daro.

MUKAH: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas tercampak ke laut ditemukan lemas di perairan Pulau Bruit.

Mangsa, Aldin Rakli, 59, hilang pada Khamis selepas bot dinaikinya dipukul ombak kuat di perairan Tanjung Sirik, Daro.

Mayatnya ditemukan oleh nelayan lain yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat pada 12.05 tengah hari tadi.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Komander Maritim Mahkos Juing berkata mayat itu ditemui kira-kira 3.5 batu nautika barat laut dari Pantai Tekajong.

“Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Tekajong untuk pengesahan oleh Kementerian Kesihatan dan proses pengecaman ahli keluarga,” katanya.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Daro bagi tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat itu ditamatkan pada 1.20 tengah hari.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi Khamis, mangsa bersama adik iparnya, Kaharruddin Buang, 42, sedang dalam perjalanan dari Kampung Betanak ke Kuala Matu.

Bot mereka dipukul ombak kuat ketika melalui perairan Tanjung Sirik, menyebabkan mangsa tercampak ke laut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Thank you for 2025 and looking forward to 2026

Thank you for being part of our journey in...
spot_img

Popular Categories