the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 14, 2025
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nurul Syasya puas hati dengan gangsa Sukan SEA, akui kehebatan Vietnam

Penembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin meraih gangsa acara 10m pistol wanita Sukan SEA 2025, akur dengan kehebatan atlet Vietnam

BANGKOK: Atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 10 meter pistol wanita Sukan SEA 2025.

Beliau gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya sebelumnya selepas hanya mengumpul 218.7 mata di final.

Emas acara itu dimenangi penembak Vietnam Trinh Thu Vinh yang mencipta rekod baharu temasya dengan 242.7 mata.

Rakan senegaranya, Nguyen Thuy Trang, meraih perak dengan 241.7 mata.

Trinh Thu Vinh pernah menduduki tempat keempat pada final Sukan Olimpik Paris 2024.

Nurul Syasya berkata prestasinya sedikit terjejas apabila kehilangan fokus pada pertengahan saingan.

“Saya telah berikan yang terbaik, cuma ada ketika pada pertengahan final fokus sedikit terganggu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berusaha mengejar semula dan berjaya menyumbang gangsa untuk negara.

“Selepas ini saya perlu lebih fokus, baiki segala kelemahan serta tingkatkan prestasi,” tambahnya.

Dalam acara berpasukan, Nurul Syasya bersama Dina Batrisyia Adi Azhar dan Joseline Cheah Lee Yean juga meraih gangsa.

Trio itu mengumpul keseluruhan 1,701 mata dalam acara 10 meter pistol berpasukan wanita.

Pasukan Vietnam yang dianggotai Nguyen Thuy Trang, Trinh Thu Vinh dan Trieu Thi Hoa Hong meraih emas dengan rekod baharu 1,711 mata.

Pasukan Thailand meraih perak dengan 1,702 mata. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Northern Technocity attracts major logistics investment with Fuji Logistics expansion

Fuji Logistics (M) Sdn Bhd has expanded its footprint in Kedah with the opening of Kulim Logistics Centre 2 at Northern Technocity, underscoring its commitment to delivering specialised logistics solutions for the region’s fast-growing electronics and advanced manufacturing sectors.

Hometown Hainan Coffee to invest RM50m, eyes nationwide expansion

Buoyed by strong local and tourist demand for authentic Malaysian cuisine, Hometown Hainan Coffee is set to open 20 additional outlets across the country as part of a RM50 million expansion strategy over the next five years.
spot_img

Popular Categories