the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OP Global: 13 kanak-kanak disyaki diliwat, empat lelaki disiasat – KPN

KUALA LUMPUR: Tiga belas kanak-kanak yang merupakan penghuni rumah perlindungan yang diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Global Rabu lepas, disyaki telah diliwat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata hal ini berdasarkan saringan perubatan yang dijalankan terhadap 13 mangsa itu yang menghuni di rumah perlindungan di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata pihaknya juga telah membuka empat kertas siasatan terhadap empat lelaki yang disyaki melakukan perbuatan berkenaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengenai 402 penghuni yang diselamatkan menerusi Op Global itu, Razarudin berkata 392 telah selesai menjalani saringan kesihatan melibatkan 202 lelaki dan 190 perempuan.

Sepuluh lagi mangsa yang merupakan Orang Kurang Upaya dan autisme bersama 49 kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk ditempatkan sementara di rumah perlindungan di Bukit Beruntung, Cheras dan Seremban, Negeri Sembilan.

“Temu bual polis dengan mereka ini (mangsa) mendapati mereka dipisahkan daripada ibu bapa sejak berusia dua tahun, malah ada yang telah bertahun-tahun tidak berjumpa dengan ibu bapa mereka yang berada di luar negara atas arahan syarikat antaranya di Arab Saudi dan Turkiye,“ katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Dalam pada itu, Razarudin berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada pemisahan antara ibu bapa dan anak-anak dilakukan secara sukarela atau paksaan oleh pihak pengurusan syarikat.

Beliau berkata siasatan turut mendapati penghuni rumah amal berkenaan yang merupakan generasi ketiga dan keempat tidak bersekolah secara formal, hanya belajar di rumah amal itu dan ia merupakan satu kesalahan.

“Polis telah membuka 24 kertas siasat dalam operasi ini mengikut Akta Kanak-kanak 2001, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan lain-lain lagi akta yang berkuat kuasa,“ katanya.

Razarudin berkata saringan kesihatan terhadap mangsa-mangsa yang diselamatkan turut mendapati 172 daripada mereka mempunyai kesan kecederaan fizikal lama serta membabitkan emosi.

“Malah, ada kanak-kanak yang didapati tumbesaran mereka terjejas,“ katanya.

Mengulas mengenai tangkapan berkenaan, beliau berkata daripada 171 individu yang ditahan dalam operasi berkenaan yang terdiri daripada penjaga dan pengurus rumah amal berkenaan, sebanyak 159 daripadanya telah ditahan reman antara empat dan tujuh hari.

Beliau berkata mereka yang berumur antara 18 hingga 51 tahun ditahan di lokap di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

“Sebanyak 12 orang lagi merupakan remaja bawah umur dan tiada keperluan untuk pihak polis menahan reman mereka,“ katanya.

Dalam pada itu, Razarudin turut memaklumkan seorang lagi lelaki berumur 39 tahun ditahan semalam di Putrajaya kerana mengugut seorang wanita yang telah membuat laporan polis berkaitan syarikat berkenaan.

Beliau juga menasihati mana-mana bekas ahli dan yang pernah menjadi mangsa syarikat terbabit untuk tampil membantu siasatan kes itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Solar District Cooling to sharpen focus on recurring income, project execution

Backed by national policies such as the National Energy Transition Roadmap and the Energy Efficiency and Conservation Act, Solar District Cooling is well-positioned to capture structural growth in sustainable infrastructure through its building management systems, solar thermal and solar PV capabilities.

Well Link Life Successfully Issued USD200mm 10-year Tier 2 Capital Bonds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - Well Link Life Insurance Company Limited ("Well Link Life", BBB- by S&P / BBB by Fitch) successfully issued USD200mm 10-year (Non-callable 5-year) Tier 2 capital bonds ("the Bonds") in the international market. The Bonds have a coupon rate of 7.875%, and are rated BB+ by S&P / BB+ by Fitch.

Klemeru South: EADEPRO Development builds Perak’s first solar-powered green township in Ipoh’s Klebang-Meru corridor...

EADEPRO Development is expanding Klemeru Ipoh, a 120-acre solar-powered township in Perak's Klebang-Meru corridor. Featuring built-in solar systems, EV-ready infrastructure, modern amenities and strong connectivity, the project aims to support sustainable living while advancing Malaysia's net-zero and energy transition goals.

Matrix Robotics Debuts at Dalian Summer Davos as Sole Humanoid Robotics Service Provider, with...

DALIAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 24 June 2026 - The World Economic Forum's 17th Annual Meeting of the New Champions, also known as Summer Davos, opened on June 23 at the Dalian International Conference Center.

Allianz: $125 billion in vessel and cargo value awaits passage from the Persian Gulf

Allianz warns that geopolitical tensions and the Strait of Hormuz disruption have left about US$125 billion in vessel and cargo value awaiting transit. The report highlights growing maritime risks, supply chain uncertainty, ageing fleets, and the need for stronger resilience in global shipping operations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings