the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

OP Sky: SPRM akan panggil 18 lagi individu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 18 individu lagi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan menerusi Op Sky.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya sudah merakam keterangan daripada 39 individu bagi membantu siasatan, setakat ini.

“Seramai 18 individu yang sudah dikenal pasti ini akan dipanggil dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan,“ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata siasatan berhubung kes terbabit masih berjalan dan pihaknya memerlukan masa untuk melengkapkan keseluruhan siasatan.

Beliau berkata kerjasama dengan beberapa pihak bank sedang dijalankan bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan pinjaman oleh pelanggan yang dikenal pasti.

Jumaat lepas, SPRM merakam keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan tersebut selepas disyaki menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

Dalam operasi Op Sky Januari lepas, SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan

Operasi yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) itu berjaya menahan 12 individu dalam serbuan di 24 lokasi termasuk kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit serta seorang orang awam. Kesemua mereka telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Dalam operasi itu, SPRM merampas kira-kira 4,000 dokumen dan membekukan 98 akaun bank yang melibatkan lebih RM17 juta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings