Sunday, November 9, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi komuter di Stesen Butterworth pulih selepas insiden terlajak

Perkhidmatan tren komuter di Stesen Butterworth kembali normal selepas kerja pengalihan tren terlajak selesai, tiada kecederaan dilaporkan

BUTTERWORTH: Kerja-kerja mengalihkan set tren Komuter enam gerabak (SCS03) yang terlajak ke hujung landasan di Platform 4, Stesen Butterworth di sini, pagi semalam telah berjaya diselesaikan sepenuhnya dengan selamat.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan tren penumpang itu juga kembali beroperasi seperti biasa mulai 7.51 malam tadi.

“KTMB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penumpang atas kesabaran, kerjasama dan kefahaman yang diberikan sepanjang tempoh kerja pemulihan dijalankan.

“KTMB kekal komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna sentiasa menjadi keutamaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam KTMB memaklumkan tren terlibat dalam kejadian itu merupakan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut KTMB, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Soomin leads Moutai Singapore Open, rekindles 2011 memories

Soomin Lee surged into the lead at the halfway stage of the Moutai Singapore Open after carding an impressive eight-under-par 64 to reach 12-under overall. The Korean ended his round with back-to-back birdies, rekindling memories of his runner-up finish at the same course during the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship. Lee, who owns one DP World Tour title and five Korean PGA wins, said his past success in Singapore gives him confidence as he chases a much-needed result to secure his Asian Tour card for next year. A group of 10 players sit two shots behind, including Kevin Yuan, Matthew Cheung, Ian Snyman, Wang Wei-hsuan, John Catlin, Sarit Suwannarut, James Piot, Caleb Surratt, Ollie Schniederjans, and Jeunghun Wang.
spot_img

Popular Categories