the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Operasi pencarian pendatang tanpa izin lolos dihentikan – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR: Pencarian saki-baki pendatang tanpa izin yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Feb lepas kini dibuat berdasarkan laporan orang awam.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini kerana operasi pencarian di dalam hutan serta sekatan jalan raya oleh Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen telah dihentikan.

“Kita tahu bahawa mereka ini akan keluar dari hutan dan pergi ke surau atau masuk ke kampung untuk meminta makanan.

“Orang kampung yang melihat mereka akan terus melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya selepas melawat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di Cheras hari ini.

Pada 1 Feb lepas, seramai 131 tahanan bolos dari blok lelaki depot berkenaan dan daripada jumlah itu, 101 orang berjaya ditahan semula manakala 2 lagi maut akibat nahas jalan raya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution mengakui terdapat kekurangan dalam langkah menggunakan bekas tapak Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai depot imigresen dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.

“Pendatang yang ditahan telah ditempatkan di lokasi lain dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat sama ada depot itu masih boleh dijadikan tempat tahanan atau tidak.

“Siasatan juga masih dijalankan bagi mengesan siapa dalang utama kejadian itu,” katanya.

Dalam insiden itu, pendatang tanpa izin yang telah melarikan diri adalah terdiri daripada 115 etnik Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Natalie C. Uy leads University Pad with a legacy rooted in education, community, and...

Natalie C. Uy continues to lead University Pad with a vision centred on education, community, and integrity, providing flexible accommodation that supports students, young professionals, OFWs, and travellers while fostering personal growth, well-being, and a strong sense of belonging.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings