the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan

BUTTERWORTH: Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini, semalam.

JPJ dalam kenyataan memaklumkan operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi itu dijalankan unit operasi JPJ Pulau Pinang dengan tumpuan penguatkuasaan di lebuh raya, kawasan perindustrian dan jalan-jalan utama Persekutuan serta negeri.

Beliau berkata operasi ditumpukan kepada kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Tindakan turut diambil ke atas 13 kenderaan barangan mengikut Seksyen 57(1) (b) (Vi) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959 antaranya kesalahan tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang strobe light tanpa kebenaran, cermin gelap, ubah suai kenderaan dan lain-lain kesalahan,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPJ penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings