the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai

Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama nasihat pasangan Islam rujuk JAKIM, JAIN untuk kaunseling, tegur perkhidmatan ‘Coach Cerai’ yang bercanggah syariah.

KUALA LUMPUR: Segala urusan perkahwinan dan perceraian umat Islam perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli berkata pasangan Islam yang mempunyai masalah rumah tangga boleh merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi perkhidmatan kaunseling dan rundingan.

Beliau berkata jabatan itu mempunyai pegawai terlatih yang menerima latihan khusus daripada jabatan agama dan mahkamah syariah bagi menangani isu pertikaian rumah tangga serta perceraian.

“JAKIM dan JAIN telah menyediakan platform khidmat kaunseling, runding cara keluarga berlandaskan pendekatan syariah bagi membantu pasangan mengenal pasti punca konflik, memperbaiki komunikasi serta mencari penyelesaian yang adil dan seimbang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang meminta penjelasan berkaitan isu perkhidmatan Coach Cerai yang tular melibatkan perceraian artis baru-baru ini serta tindakan kerajaan, khususnya JAKIM dalam menanganinya.

Mengulas lanjut, Marhamah berkata jabatan berkenaan memandang serius terhadap kewujudan perkhidmatan Coach Cerai, yang dilihat bercanggah dengan hukum syariah serta berpotensi merosakkan rumah tangga.

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan hukum Coach Cerai yang menyatakan penggunaan istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti Coach Cerai ini perlu dikawal bagi memastikan kefahaman masyarakat tidak tersasar sehingga membawa kepada kegusaran awam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings