the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan kekasih ditahan polis atas 21 kes pecah cermin kereta

KOTA BHARU: Polis menahan pasangan kekasih yang disyaki terlibat dalam 21 kes pecah cermin kereta dengan kerugian melebihi RM100,000.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pasangan berusia 36 dan 47 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sri Cemerlang.

Penahanan itu dibuat susulan kejadian pecah cermin pada 6.10 petang di parkir Pasaraya Eco, Jalan Wakaf Mek Zainab.

Polis merampas sebuah telefon bimbit, peranti elektronik, komputer riba, tujuh beg, tiga kad bank, lima kad peribadi, kereta Perodua Bezza, kotak skru, spanar dan cincin.

“Siasatan mendapati mereka aktif sejak setahun lalu dan lelaki itu turut mengaku melatih beberapa pelatih baharu,” katanya.

Modus operandi mereka ialah menyasarkan parkir premis tanpa kamera litar tertutup bagi mengelak dikesan.

Semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai tiga rekod jenayah narkotik dan satu rekod jenayah manakala pasangannya tidak mempunyai rekod lampau.

Pasangan itu yang turut didapati positif metamfetamina direman empat hari.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yusoff berkata seorang anggota polis berusia 43 tahun ditahan selepas disyaki melakukan samun dengan mengacukan pistol tiruan.

Suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa semalam.

Polis merampas dua motosikal, pistol tiruan, 12 pil kemerahan disyaki dadah, tiga topi keledar, rantai jam tangan, dua beg sandang, kasut, selipar, sarung tangan dan dua topeng muka.

Suspek juga positif dadah dan turut melakukan empat lagi kes samun di sekitar bandar ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings