the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pasangan pempengaruh kutip derma cecah RM3 juta sejak 2020

PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh media sosial disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam sejak 2020.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), anggaran kutipan derma terbabit mencecah RM3 juta dan siasatan masih di peringkat awal.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Pada masa sama, dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi tadi dan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Katanya kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan kira-kira antara jam 6.30 petang hingga 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malacca Strait feels spillover pressure as Red Sea, Hormuz crises reroute global shipping

The Strait of Malacca remains central to Malaysian shipping and Asian trade because it connects the economies of the East and West, with about US$7 trillion (RM28.5 trillion) in trade value passing through the waterway.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings