the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM perlu pertahankan profesionalisme- Anwar

KUALA LUMPUR: Kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya mengangkat darjat sebagai badan keselamatan yang profesional, berintegriti dan dipercayai setiap pihak tanpa mengabaikan kebajikan pegawai, anggota serta veteran mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menitipkan pesanan itu semasa menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Putrajaya pada Isnin.

“Antara yang disentuh dalam pertemuan itu adalah soal memodenkan pasukan PDRM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa dengan kecanggihan teknologi terkini termasuk kecerdasan buatan,“ katanya menerusi catatan di Facebook.

Anwar berkata PDRM yang juga institusi penting kepada rakyat dan negara memerlukan iltizam serta komitmen tinggi bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terus dipertahankan.

“Selamat maju jaya kepada Dato’ Seri Mohd Khalid, semoga dapat mengangkat aspirasi, imej serta reputasi PDRM ke peringkat tertinggi,“ katanya.

Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi tempoh dua tahun mulai 23 Jun 2025 hingga 22 Jun 2027.

Beliau yang sebelum ini Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings