Monday, November 10, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pearly-Thinaah cipta sejarah mara ke final Kejohanan Badminton Dunia

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah mencipta sejarah sebagai wakil sulung Malaysia mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia.

Pasangan ranking kedua dunia itu menewaskan pasangan Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida di Adidas Arena dalam perlawanan separuh akhir penuh dramatik.

Pearly-Thinaah bangkit selepas tewas set pertama untuk menundukkan gandingan pilihan ketiga dunia dengan keputusan 14-21, 21-13, 21-12 dalam aksi selama 68 minit.

Kemenangan itu menyaksikan mereka memecah dominasi lawan dengan mencatat kemenangan ketiga daripada 16 pertemuan menentang Matsuyama-Shida.

“Sukar dipercayai kami berjaya melangkah ke final selepas apa yang dilalui dalam beberapa minggu kebelakangan ini,” kata Pearly menerusi audio dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia.

Dia menambah, “Hari ini, kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya kami.”

Di final esok, mereka bakal berdepan sama ada beregu pilihan utama dari China Liu Shengshu-Tan Ning atau pasangan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Kemaraan ini merupakan pencapaian terbaik Pearly-Thinaah dalam empat penampilan di Kejohanan Dunia selepas sebelum ini hanya mara ke suku akhir edisi 2023.

Dengan keputusan itu, Matsuyama-Shida terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat gangsa. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Tundra Esports triumph at Blast Slam IV in Singapore

British esports organisation Tundra Esports were crowned Blast Slam IV champions on Sunday at Singapore Indoor Stadium, claiming US$300,000 after a hard-fought 3-2 victory over Team Falcons in the grand final. The intense series went the distance, with Tundra rallying from behind to secure the title before a crowd of 5,000 fans and a global audience spanning 50 territories and 15 languages, reaching 21.9 million views. The US$1 million tournament shattered records, surpassing Blast Slam III in total watch time with 6.7 million hours consumed, and achieving a new peak viewership mark of 289,000. Twelve teams began their campaigns in October, with six advancing to the Singapore arena finals — Blast’s first-ever Dota arena show featuring players from 19 countries.

Moutai Singapore Open: Lee, Wang and Piot neck and neck in chase for title

It was a tight contest throughout the third round of the Moutai Singapore Open, with Korea’s Soomin Lee holding on to a narrow lead over compatriot Jeunghun Wang and American James Piot at Singapore Island Country Club. Lee, who began the day two shots ahead, carded a bogey-free 69 to reach 15-under, one clear of Japan’s Yosuke Asaji (65) and Korean Bio Kim (67). Lee, runner-up on this course at the 2011 Asia-Pacific Amateur Championship, birdied the final hole to stay in front as he chases his maiden Asian Tour and International Series title.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories