the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja kilang tidak bersalah sembunyikan wang RM190,000 pesara

Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan menyembunyikan wang RM190,000 milik seorang pesara dalam akaun banknya

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM190,000 milik seorang pesara.

Koay Boon Huat, 30, didakwa menyembunyikan wang milik lelaki berusia 81 tahun itu yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sri Hartamas, Brickfields dari 5 hingga 17 September 2025.

Tuduhan itu dibawa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zulhilmi Latif menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Koay, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings