the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelaburan RM900 juta di Johor buka 200 pekerjaan berkemahiran tinggi

Jiangsu Longda labur RM900 juta di Johor, buka 200 peluang kerja dalam aeroangkasa dan kejuruteraan, dengan kerjasama UTM.

JOHOR BAHRU: Pelaburan Jiangsu Longda Superalloy Co Ltd bernilai RM900 juta di Johor dijangka membuka lebih 200 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata syarikat berteknologi tinggi dari China itu penting dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan berat.

Pelaburan itu turut disokong kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Lebih bermakna pelaburan ini turut disokong melalui kerjasama strategik bersama-sama UTM termasuk peluang latihan, pembangunan bakat serta tawaran sekurang-kurangnya 50 peluang pekerjaan graduan dengan pendedahan latihan di Malaysia dan China,” katanya.

Onn Hafiz menyatakan usaha itu diharap membawa manfaat kepada rakyat dan memacu Johor selari dengan aspirasi Maju Johor 2030.

Beliau mengadakan lawatan ke syarikat itu pada 17 Disember lalu bersama delegasi Johor.

Beliau berharap inisiatif itu memastikan anak Johor menjadi pemain utama dalam industri masa hadapan.

Perbincangan turut membabitkan pembentukan kluster rantaian bekalan industri bersama rakan ekosistem strategik.

Usaha itu dijangka mewujudkan limpahan ekonomi lebih luas kepada syarikat tempatan dan PKS di Johor.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai hab perindustrian berteknologi tinggi yang berdaya saing.

“Saya yakin usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pelaburan berkualiti tinggi, peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran anak tempatan serta pertumbuhan ekonomi jangka panjang untuk rakyat Johor,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings