the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
28 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pelajar UniSZA maut kereta dirempuh di lampu isyarat

Seorang pelajar UniSZA maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kereta Honda Jazz di lampu isyarat berhampiran pejabat JPJ Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh kenderaan lain di lampu isyarat berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kemalangan berlaku pada 1.55 tengah hari itu melibatkan Syakirah Hanan Mazli, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Johor.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati mangsa yang dari arah UniSZA menghala ke Bukit Kecil telah berhenti di lampu isyarat sebelum dirempuh kereta Honda Jazz dari arah bertentangan.

“Apabila lampu bertukar hijau, pemandu Perodua Viva bergerak membelok ke kanan, tiba-tiba datang kereta Honda Jazz dari arah bertentangan telah melanggar bahagian hadapan sebelah kiri Perodua Viva itu,” katanya.

Pemandu Honda Jazz berusia 32 tahun itu mengalami patah tangan dan leher serta sedang mendapat rawatan di zon kuning Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam memaklumkan Syakirah Hanan merupakan pelajar semester dua Diploma Pascasiswazah Pendidikan.

Pihak universiti menyumbang RM7,200 kepada keluarga mangsa bagi membantu melancarkan proses pengebumian dan urusan berkaitan.

“Sumbangan meliputi khairat kematian, insurans kematian takaful dan derma daripada pihak UniSZA sendiri,” katanya.

Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Syakirah Hanan atas kehilangan tersebut.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Elusive search for MH370 continues

Finding the aircraft wreckage remains oneof aviation’s hardest challenges, as vast oceans, missing crash coordinates and imperfect data limit even the most advanced technology: Expert
spot_img

Popular Categories