the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelan bahaya risiko cerun JKR babitkan jalan negeri dijangka siap 2025 – Exco

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SHAH ALAM: Pelan bahaya risiko cerun membabitkan jalan-jalan di Selangor di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) dijangka siap pada tahun depan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim berkata pelan tersebut bertujuan mengenal pasti kawasan cerun yang hampir runtuh selain memudahkan proses pemantauan.

“Selain itu, bagi kawasan yang tidak melibatkan jalan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga menyediakan peta bahaya dan risiko bagi seluruh Selangor.

“Peta ini akan memberi keutamaan kepada kawasan bertanah tinggi terutamanya di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,“ katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Azmizam Zaman Huri (PH-Pelabuhan Klang) berhubung langkah kerajaan negeri dalam menangani masalah tanah runtuh.

Menurut Izham, sistem amaran awal (EWS) turut dipasang di beberapa lokasi kawasan cerun di tanah bawah JKR, JMG dan pihak berkuasa tempatan bertujuan memberi indikasi amaran awal supaya persediaan serta tindakan susulan dapat dilaksanakan segera dalam mengatasi masalah tanah runtuh.

“Pemakaian garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi antaranya dalam meletakkan syarat zon penampan bertujuan mengurangkan risiko dan bahaya cerun runtuh terhadap sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan serta impak terhadap kawasan sekitar,“ katanya.

Mengenai isu kejatuhan harga tanah, Izham berkata ia antara faktor sedang dipertimbangkan kerajaan negeri sebelum mempamerkan pelan risiko dan bahaya tanah runtuh di sesuatu lokaliti kepada awam.

Beliau berkata sekiranya dipamerkan secara tidak sewajarnya, ia akan menyebabkan spekulasi kepada harga tanah.

“Namun, pada masa sama kita tidak boleh mengabaikan keperluan untuk maklumkan kepada rakyat kemungkinan tempat itu adalah bahaya demi menjaga kemaslahatan penduduk.

“Ini dua faktor sedang dipertimbangkan untuk dilihat sebelum membuat keputusan sama ada perlu mempamerkan secara menyeluruh atau berperingkat,“ katanya.

Izham menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mempamerkan pelan risiko dan bahaya tanah runtuh tersebut kepada orang awam.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img