the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelarasan gaji penjawat awam dijangka mengurangkan trend guru bersara awal

KUALA LUMPUR: Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dengan pelarasan gaji yang lebih baik dijangka dapat mengurangkan trend guru bersara awal pada masa kini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata pengumuman itu merupakan satu hadiah bermakna yang sangat besar buat para guru yang kini berdepan dengan cabaran besar dalam mendidik anak bangsa serta cabaran kos sara hidup.

“Para guru kini bukan sahaja menikmati kenaikan gaji tahunan (KGT), tetapi dengan pelarasan gaji ini, tambahan kenaikan gaji turut diberikan.

“Selepas 12 tahun tanpa semakan, pelaksanaan SSPA bagi menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) adalah satu hadiah yang sangat bermakna buat para guru.

“Saya percaya langkah ini juga dapat mengurangkan trend guru bersara awal, dan mendorong para guru memberikan perkhidmatan terbaik sebagai tanda penghargaan atas apa yang telah diberikan kerajaan,“ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata pelarasan yang akan dibuat secara berfasa ini dijangka membolehkan para guru menikmati kenaikan ketara pada Fasa 1 pelaksanaannya Disember ini.

“Ini memang memberikan kelegaan kepada para guru…Guru juga adalah pengguna. Dalam Fasa 2 pelarasan gaji, kita akan melihat tambahan kenaikan selain daripada KGT.”

“Pelaksanaan secara berfasa ini adalah pendekatan yang wajar oleh kerajaan, dan tempoh untuk menikmati kenaikan gaji tersebut tidak terlalu lama,“ katanya

Aminuddin, dalam pada itu berharap agar perincian yang lebih lengkap mengenai pelaksanaan sistem SSPA secara keseluruhannya dapat diberikan.

“Secara umumnya, kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman ini, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 15 peratus bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan serta Profesional, serta tujuh peratus bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).”

“Secara asasnya, kita baru dimaklumkan mengenai kenaikan gaji, tetapi perincian lengkap tentang sistem tersebut masih belum dikemukakan. Oleh itu, kami berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dapat memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai pelaksanaan dan manfaat SSPA kepada penjawat awam.”

Pada Jumaat, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan tujuh peratus kepada pegawai KPT.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji berkenaan akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Jan 2026 bagi Fasa 2.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings