the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemaju disaran kurangkan tempat letak kereta berhampiran stesen pengangkutan awam

Anthony Loke cadang kurangkan bilangan tempat letak kenderaan untuk projek baharu berhampiran stesen LRT atau MRT bagi galak penggunaan pengangkutan awam

SERDANG: Pemaju perumahan dicadangkan mengurangkan bilangan tempat letak kenderaan bagi projek baharu yang dibangunkan berhampiran stesen pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata cadangan itu telah disampaikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menyatakan syarat minimum satu atau dua petak parkir bagi setiap unit kediaman menjadi antara faktor peningkatan harga sesebuah kediaman.

“Kalau projek berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti LRT atau MRT, mungkin boleh dikurangkan keperluan tempat letak kereta untuk menggalakkan penghuni menggunakan pengangkutan awam,” katanya.

Loke berkata beberapa projek berorientasikan transit di Kuala Lumpur telah dibenarkan memohon kelonggaran syarat parkir daripada pihak berkuasa tempatan.

Saranan itu khusus untuk projek baharu dan menyasarkan golongan muda yang tinggal berdekatan dengan rangkaian rel bandar.

“Sekiranya duduk dekat dengan stesen pengangkutan awam, mungkin keperluan untuk memiliki kereta itu lebih rendah, sekali gus dapat menjimatkan kos kehidupan mereka,” katanya.

Langkah itu juga dapat menggalakkan peralihan jangka panjang kepada gaya hidup yang lebih bergantung pada pengangkutan awam. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories