the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu bawah pengaruh alkohol akibatkan kemalangan ditahan

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah tapak parkir di Taman Impian Emas di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 9.30 malam.

“Kejadian berlaku apabila lelaki berumur 29 tahun itu telah menggerakkan lorinya ke hadapan dan kemudian mengundurkannya sebelum melanggar tiga kereta yang berada di hadapan serta belakang lori.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori berkenaan disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu pemandu lori terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk ujian saringan alkohol dan dua ujian pernafasan yang dilakukan menunjukkan keputusan positif dengan kadar alkohol yang melebihi had yang dibenarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings