the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pemandu direman lima hari kes langgar di lorong RFID

Seorang lelaki direman lima hari bagi siasatan cubaan membunuh selepas didakwa langgar mangsa di lorong tol RFID Plaza Tol LLB, Perai.

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki direman lima hari bagi siasatan lanjut kes cubaan membunuh dengan melanggar seorang lelaki di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (LLB), Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata suspek berusia 31 tahun bersama isterinya berusia 23 tahun ditahan semalam selepas mangsa membuat laporan polis.

Kejadian berlaku pada 28 Disember kira-kira jam 11.30 malam ketika mangsa bersama isterinya sedang memandu menuju ke arah Penang Sentral.

“Setibanya di plaza tol berkenaan, kenderaan mangsa yang dipandu isterinya mengalami masalah di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) menyebabkan palang tol tidak terbuka,” katanya.

Mangsa kemudian turun untuk meminta pemandu Proton X50 di belakangnya mengundur bagi memberi ruang kenderaan mereka mengundur.

Bagaimanapun, Helmi berkata suspek bertindak menengking lelaki itu sebelum memecut kenderaannya dan merempuh individu berkenaan serta bahagian belakang kenderaannya lalu melarikan diri.

Mangsa mengalami kecederaan pada ibu jari kaki kanan serta sakit di beberapa bahagian badan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif ganja, manakala lelaki itu turut mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah.

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan reman lima hari hingga 3 Januari terhadap suspek yang juga seorang peniaga bagi siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sebuah kenderaan jenis Proton X50 yang digunakan suspek semasa kejadian turut dirampas.

Related

spot_img

Latest

PN leadership crisis deepens with Muhyiddin’s exit

Perikatan Nasional faces its gravest crisis as Muhyiddin Yassin and senior Bersatu leaders resign, exposing deep fractures with PAS and threatening the coalition's stability.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories