the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembangunan hartanah di Kelantan perlu bersandarkan konsep Islamik

KOTA BHARU: Pembinaan rumah di Kelantan perlu berkonsepkan ciri Islamik dan perkara itu perludijadikan sandaran utama bagi projek perumahan yang dibangunkan di negeri ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata konsep itu tidak hanya diukur berdasarkan bentuk fizikalnya semata-mata, tapi perlu mengambil kira dan memahami asas Islam dalam pembinaannya.

“Antaranya termasuk pembinaan rumah mengikut arah kiblat, ruang tandas yang tidak terlalu sempit, pembahagian ruang yang menjaga aurat dan privasi keluarga pemilik dan sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik.

“Begitu juga pembinaan masjid, kita sarankan dibina di tengah-tengah bukan di hujung atau penjuru kawasan perumahan, bagi memudahkan penghuni hadir menunaikan solat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Taman Kota Jembal Fasa 4 dan Mesra Aidilfitri di sini hari ini.

Nik Mohd Amar berkata walaupun ia bukan menjadi syarat dan dasar wajib, tetapi konsep dan idea asal kediaman bercirikan Islamik perlu diterapkan dalam pembangunan hartanah di negeri itu, terutama projek yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Taman Kota Jembal dibangunkan melalui tujuh fasa di atas tanah seluas kira-kira 13 hektar membabitkan pembinaan 241 unit kediaman teres dan banglo yang masing-masing dijual pada harga RM258,000 dan RM340,800.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings