the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pendatang tanpa izin mungkin cuba masuk sempadan semasa musim perayaan: Polis

BUKIT KAYU HITAM: Polis tidak menolak kemungkinan pendatang tanpa izin sedang berusaha untuk memasuki sempadan negara ketika musim perayaan ini.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata kawalan ketat akan diteruskan pada Hari Raya ini bagi mengawal sempadan negara daripada dibolosi pendatang asing mahupun penjenayah.

“Tidak dinafikan, Malaysia ini tempat mereka (pendatang) datang untuk mencari rezeki kerana mungkin mereka susah di negara sendiri. Jadi usaha untuk masuk ke negara kita ini memang sentiasa ada.

“Cuma, kita tidak tahu setakat mana mereka berani untuk masuk ke sini tetapi kawalan tidak pernah dilonggarkan walaupun hendak beraya kerana anggota tetap perlu bertugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Markas Taktikal (MARTAK) Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam bagi menyampaikan sumbangan raya kepada petugas PGA yang bertugas di sempadan. — Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings