Jumlah penduduk bukan warganegara di Sabah menurun sedikit pada 2025, dengan Sandakan kekal merekodkan bilangan tertinggi di negeri itu.
KOTA KINABALU: Bilangan penduduk bukan warganegara di Sabah menurun kepada 1,040,200 orang pada tahun lepas.
Angka itu menunjukkan penurunan 0.32% berbanding 1,043,600 orang pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sabah.
Data itu dikeluarkan berdasarkan Statistik Migrasi Antarabangsa 2025.
Walaupun Sabah merekodkan bilangan penduduk bukan warganegara tertinggi berbanding negeri lain dari 1991 hingga 2025, jumlah tahun lepas masih di bawah rekod tertinggi 1,158,000 orang pada 2018.
Sandakan mencatatkan bilangan penduduk bukan warganegara paling ramai pada 2025 iaitu 195,100 orang.
Ia diikuti oleh Tawau (142,900 orang) dan Kota Kinabalu (125,400 orang).
Berdasarkan komposisi penduduk, Kinabatangan mencatatkan peratusan penduduk bukan warganegara tertinggi iaitu 72.9%.
Kalabakan mencatat 69.3% manakala Kunak merekodkan 53.4%.








