the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Bukit Bangkong bimbang selepas serangan disyaki harimau

Dua lembu mati, lima hilang dalam serangan disyaki harimau di Bukit Bangkong, Chemor, mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan

IPOH: Penduduk di Bukit Bangkong, Chemor dekat sini bimbang apabila dikejutkan dengan laporan serangan haiwan liar dipercayai harimau yang mengakibatkan dua ekor lembu ternakan mati dan lima ekor lagi hilang pada Jumaat lepas.

Pengerusi Persatuan Pengindahan Alam Sekitar Bukit Bangkong Lee Jun Man, 33, yang tinggal di kawasan itu juga berkata sepanjang hampir 30 tahun, penduduk tidak pernah menerima sebarang laporan atau kejadian orang ramai terlihat kelibat harimau.

“Kami amat terkejut dan takut apabila polis memaklumkan serangan terhadap ternakan di ladang berhampiran kerana belum pernah kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini.

“Beberapa hari sebelum kejadian, ada penduduk yang mendakwa terdengar bunyi seperti ngauman haiwan liar, tetapi siasatan awal menunjukkan tiada bukti kukuh yang mengaitkan bunyi itu dengan harimau,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Bagaimanapun, Lee menasihati penduduk supaya mengelakkan sebarang aktiviti di kawasan semak atau ladang secara bersendirian, terutamanya pada waktu senja atau malam, dan melaporkan sebarang petunjuk kehadiran hidupan liar kepada pihak berkuasa dengan segera.

Sementara itu, penternak lembu terbabit Abdul Rahman Sahul Hamid, 41, berkata dia menyedari tujuh ekor lembu hilang ketika dia tiba di kandang untuk melakukan rutin pemeriksaan pada petang Jumaat, selain ternakan lain dilihat seolah-olah ketakutan dan menjauhkan diri daripadanya.

“Selepas mencari di sekeliling ladang, saya terkejut apabila menjumpai seekor lembu mati di belakang ladang dengan kesan cakaran pada badan dan kecederaan pada tengkuk. Kemudian, saya terjumpa seekor lagi lembu telah mati pada jarak 200 meter dari kandang, lalu saya membuat laporan di Balai Polis Tanah Hitam,” katanya.

Abdul Rahman berkata kejadian itu merupakan yang pertama melibatkan serangan harimau sejak mengusahakan penternakan lembu kira-kira lapan tahun lepas dan berharap pihak berkuasa segera mengambil tindakan sepatutnya.

Bernama yang berpeluang meninjau lokasi kejadian bersama dengan polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini menemukan kesan tapak kaki harimau yang baharu di sekitar kawasan itu.

Perhilitan juga melakukan pemeriksaan terhadap kamera perangkap yang dipasang selain meneliti kedudukan lembu mati yang ditinggalkan untuk mengesan sekiranya berlaku pergerakan akibat diseret haiwan liar berkenaan.

Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan polis telah menerima laporan berkenaan insiden itu, selain pemantauan akan diteruskan dan maklumat disalurkan kepada agensi berkaitan demi memastikan kawalan risiko, keselamatan penduduk serta usaha pemuliharaan hidupan liar dapat dilaksanakan secara berkesan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings