the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penduduk Kampung Jerai minta henti projek pasir

SUNGAI PETANI: Sekumpulan penduduk di Kampung Jerai, Bukit Selambau dekat sini membantah projek menyedut pasir di kampung mereka yang didakwa mengancam keselamatan serta menjejaskan kelestarian alam sekitar di kawasan terbabit.

Wakil penduduk Abd Rais Lah Omar, 54, berkata selain laluan keluar masuk ke tapak projek berdekatan dengan lima kediaman penduduk menyebabkan kekotoran serta gangguan pernafasan akibat pencemaran debu yang tebal.

“Keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal di kawasan sekitar tapak projek terjejas terutama penduduk di Lot 321 dan 3164.

“Akibat daripada projek pasir itu juga terhasil lombong sangat luas dan dalam, jaraknya hanya 30 meter dari sempadan tanah (kediaman) berdekatan,“ katanya selepas membawa pemberita meninjau tapak projek pasir di Kampung Jerai dekat sini, petang semalam.

Katanya, pemilik tanah berhampiran tapak projek yang berjalan lebih kurang setahun lepas itu juga mengalami kerugian akibat daripada susut nilai tanah berikutan kesan perlombongan pasir.

“Kami berharap bantahan ini menarik perhatian pihak berwajib untuk menjalankan siasatan lanjut dan menyeluruh. Kami juga harap tiada lagi kelulusan menyedut pasir dikeluarkan selepas ini,“ katanya.

Seorang penduduk Siti Ramlah Husin, 63, berkata dia yang sejak lahir tinggal di kampung tersebut berasa tidak senang dan risau jika kawasan lombong pasir terhakis sehingga hampir ke kawasan rumahnya.

“Keadaan jadi bising. Mak saya dah tua, mata tak nampak, umur 84 tahun. Jadi tertekan sebab bunyi jentera tak berhenti,“ katanya.

Abdul Hadi Ahmad, 39, pula berkata dia berasa tidak tenteram kerana ramai kanak-kanak di kampung itu dan kawasan lombong menjadi sangat berbahaya jika mereka bermain di kawasan berkenaan.

“Tengah malam pun ada lori keluar masuk. Kalau boleh, tutup kuari pasir ini sebab dekat dengan rumah orang,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings